berkata seorang sahabat kepada Uqal bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda yg bermaksud;""tidak Zahid seseorang itu di Dunia melainkan Allah menumbuhkan hikmah dalam hatinya dan Allah petahkan (lancarkan) lidah dia untuk bertutur dan Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia dan ubat untuk merawat dunia dan Allah akan bawa dia keluar dari dunia menuju Darus-salam (syurga) dengan selamat.”
 Beza orang yang beriman dengan  yang tidak beriman pada sudut menanggapi dunia ini ialah bahawa orang yang beriman kepada Allah itu zahid terhadap dunia, tidak mencintai kekayaan dunia dan pangkat kemegahan, mereka jadikan harta dan pangkat sebagai wasilah untuk melaksanakan perintah Allah, kerana banyak syariat Allah yang memerlukan sokongan harta kekayaan dan juga pangkat kedudukan, bagi mentadbir dan mengislahkan dunia yang telah diamanahkan kepada hamba-Nya yang beriman. Harta dan pangkat  sebagai amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,,
sementara orang yang tidak beriman memandang dunia ini sebagai matlamat dan tujuan yang terakhir. Merebut kekayaan dunia walau dendan apa cara sekalipun, mereka juga memburu pangkat dan kedudukan, kerana ia akan memudahkan cita-cita mereka untuk meraih dan menguasai perbagai keistimewaan dunia, iaitu kesenangan kemewahan dan juga kemegahan.
Zahid atau benci terhadap dunia itu bukan bererti mereka mulupakan tanggungjawab mencari harta kerana itu ibarat najis binatang yang kadang kala diperlukan sebagai baja bagi menyuburkan tanaman, yang menjadi tujuanialah kesuburan tanaman itu,harta mesti dicari untuk menjadi alat bagi menyuburkan akhirat, jika harta dikumpul untuk bersenang-senang di dunia bererti mereka umpama orang yang lupa menggunakan najis binatang untuk  membaja pokok, bagaimanakah mereka boleh berharap tanaman mereka akan subur.
 Yang dimaksudkan zahid bukan bererti orang itu tidak memiliki harta, sebaliknya mereka adalah orang yang banyak harta, tetapi dia tidak merasakan harta itu miliknya seorang, orang lain boleh tumpang sama diatas hartanya, dia tidak bakhil untuk memberikan sebahagian dari hartanya kepada sesiapa jua yang memerlukan,walaupun tidak diberi secara percuma mengkin dengan cara memberi hutang,
Jika selama ini orang menganggap zahit itu ialah orang yang memiliki ala kadar harta, tidak berusaha bersungguh-sungguh malah mereka lebih banyak duduk diam berpeluk tubuh, kerana kononnya mereka benci dunia yang ibarat bangkai, kerana kononnya hanya anjing-anjing gila sahaja yang memburu bangkai, orang itu bukan zahidkerana mereka tida memiliki apa-apa, mungkin mereka adalah orang yang pemalas atau jahil memahami erti dan fungsi Dunia. 

| edit post

Posted on 11:13 PM, under


| edit post