Posted on 1:42 AM, under

Syeikh Daud Al-Fatani


RIWAYAT HIDUP:

·       Nama sebenar beliau ialah syeikh Wan     Daud bin Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris al-Fatani.
·       Dilahirkan di kerisik, fatani pada 1187H, bersamaan 1769M.
·       Beliau meninggal dunia pada tahun 1265H atau 1791M.
·       Keuarga beliau berasal dari kalangan keluarga ulama’.

SIFAT PERIBADI:

·       Sanggup merantau keluar Negeri, demi menuntut ilmu.
·       Bijak dan pintar dalam menguasai pelbagai bidang ilmu terutamanya ilmu agama.
·       Mempunyai bakat kepimpinan yang membolehkan beliau dilantik sebagai syeikh bagi haji jamaah haji dari alam melayu.


PENDIDIKAN:-

·       Mendapat pendidikan awal di sebuah pondok fatani dan di Acheh dalam bidang ilmu agama seperti tafsir, feqah, usuluddin, dan tasauf.
·       Belajar di mekah selama 30 tahun dan Madinah selama 5 tahun.
·       Antara guru beliau ialah syeikh Muhammad Zin Acheh, dan syeikh Muhammad salih bin abdul Rahman al-Fatani yang mengajar di Masjidil Haram.
·       Beliau mempelajari tariqah al-syatiriyyah daripada syeikh Ali bin Ishak al-fatani, dan tariqah al-samaniyyah daripada syiekh Muhammad bin abdul karim saman al-madani.


SUMBANGAN SYEIKH DAUD FATANI DALAM PERBAGAI BIDANG ILMU

Beliau banyak menghasilkan buku iaitu sebanyak 58 buah dalam pelbagai bidang ilmu. Antara kitab karangan beliau ialah.
·       Feqah          : furu’ al-masail, munyyat al-musolli
·       Tasauf         : minhaj al-Abidin, bidayah al-Hidayah.
·       Usuluddin   : al-durr al-tahmin, dhia’ al-murid.
·       Sejarah        : tarikh al-Fatani.


PERANAN SYEIKH DAUD AL-FATANI DALAM PENYEBARAN ILMU


·       Penulisan            : banyak menghasilkan karya-karya dalam      bentuk kitab dan risalah.
·       penterjemahan  : menterjemah kitab-kitab dalam pelbagai bidang.
·       Pengajaran       : dilantik sebagai pengajar di Masjidil Haram. Mekah dan melahirkan tokoh-tokoh berwibawa.


PENDEKATAN SYEIKH DAUD FATANI DALAM PENULISAN


1.   Dalam penulisan feqah, beliau banyak mengemukakan pendapat ulama’ mazhab Syafie dan sangat sedikit mengemukakan pandangan dari mazhab lain.
2.   Beliau juga tidak banyak mengemukakan persoalan khilafiah, yang boleh menggelirukan masyarakat.
3.   Dalam penulisan usuluddin beliau mengemukakan pandangan-pandangan ulama’ ahli Sunnah wal Jamaah.


PENGARUH SHEIKH DAUD FATANI DI NUSANTARA


1.   Karya-karya beliau menjadi rujukan pada masyarakat dan diajar di masjid-masjid dan surau.
2.   Karya-karya dan pemikiran beliau menjadi bahan penyelidikan di universiti tempatan dan luar Negara.
3.   Pemikiran beliau tersebar melalui anak murid beliau sehingga hari ini.
4.   Berjuang membebaskan fatani daripada penjajahan siam.

SANJUNGAN CENDIKIAWAN TERHADAP SYEIKH DAUD FATANI

1.   Kerajaan khilafah Uthmanniyyah telah memberikan gelaran al-‘Alim al-‘Allamah al-fahhamah al-‘Arif  al-Rabbani kerana ketokohan dan keilmuan beliau.
2.   Diberikan pengiktirafan menjadi sheikh haji melayu yang pertama dan diberikan pentauliahan mengajar di Masjid al-Haram.
3.   Dato’ Abdul Rahim Abu Bakar. Pengerusi pengelola Dewan Bahasa Dan pustaka menganggap sheakh daud fatani sebagai pemikir dan ulama’ yang menghasilkan karya sebaris dengan Hamzah samsuri, Nuruddin al-Raniri abdul Samad al-palambani dan Muhammad al-arsyad al-Banjari.


| edit post

2 Reply to " "

  • zizo on August 23, 2012 at 6:18 PM

    salam, ingin bertanya Fatani itu adakah Pattani di selatan Thailand?

     

    Shahran on March 3, 2016 at 11:24 PM

    iyaa, fatani itu ialah pattani di selatan thailand.

     
  • Post a Comment