lima soalan yg tidak djwb oleh lidah

Posted on 6:45 AM, under


Deriwaysiksn oleh Imam At-Tarmizi dan Muslim  bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yg lain, iaitu masa muda sebulum dtngnya hari tua, masa sehat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa k...aya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya masa sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian"
Peluang  yang keempat dan kelima  dalam hadis Nabi saw ialah disuruh supaya merebut peluang ‘masa lapang sebelum datangnya masa sibuk dan masa hidup sebelum datangnya ajalkematian’.

Kita dapati di kalanggan manusia, ada yang menggunakan  hujjah ‘sibuk’ sebagai alas an, apabila mereka gagal menghadapi sesuatu masaalah yang dihadapinya, mereka gagal menghadiri mesyuarat, atau tidak dapat hadir ke suatu majlis tertentu walalupun sudah menerima jemputan secara rasmi, terkadang jarang datang ke masjid menunaikan solat berjamaah, apabila ditanya maka jawapannya mudah saja iaitu ‘sibuk’,

Apakah alas an sibuk itu benar? Ia tidak perlu dibincangkan di sini. Namun persoalan yang ditekankan oleh Rasulullah saw dalam hadis itu adalah menggatkan kita betapa masa itu sangat bernilai. Masa adalah usia, manusia telah ditetapkan tempoh usianya sejak azali lagi.

Masa dan usia amatlah terbatas bagi makhluk bernama manusia. Umur bagi umat selepas Rasul yang terakhir tidaklah panjang, sesuai dengan fizikalnya yang semakin lemah apabila menjelang usia tua. Tidak seperti pohon kayu di hutan, semakin lanjut usianya semakin kukuh urat-urat kayu itu dan semakin mencengkam akarnya , jika tidak ditebang oleh manusia, ia mampu hidup ratusan tahun.

Lantaran itu, masa lapang perlu dihargai. Keterbatasan masa yang dimiliki oleh manusia tidak memungkinkan mereka membiarkan masa berlalu begitu sahaja dengan sia-sia, jika usia seseorang 60 tahun, tidak beermakna mereka memiliki masa lapang  sejumlah itu juga, kerana 1/3 daripada usia manusia terhakis percuma semasa tidur  dan 1/6 pula berlalu semasa kanak-kanak, bakinya hanya 30 tahun sahaja.

Hanya separuh sahaja baki usia manusia yang mesti digunakan untuk menyiapkan sebanyak-banyak bekalan, untuk suatu pengembaraan yang jauh, iaitu perjalanan menuju akhirat. Lika seseorang itu sedar bahawa pengaembaraan mereka tidak akan surut ke belakang ke belakang halamannya, tentulah mereka tahu bahawa masa sangat suntuk bagi menyiapkan bekalan, tidak mungkin ada waktu kosong atau waktu tanpa program dalam kehidupan mereka.

Mengisi kehidupan itu mestilah dengan program yang mendatangkan manfaat untuk kehidupan di dunia dan yang paling penting ialah kehidupan selepas mati sama ada di alam barzakh atau kehidupan di akhirat.
Lima perkara itu akan ditanya sebaik sahaja manusia dibangkitkan di mahsyar. Semua soalan tersebut mesti dijawab sayangnya yang menjawab kelak bukanlah lidah, tetapi pengakuan dari setiap anggota yang bertanggungjawab melakukan segala tindakan, sama ada amalan yang membawa markah dosa atau mendapat ganjaran pahala…..  

| edit post

0 Reply to "lima soalan yg tidak djwb oleh lidah"

  • Post a Comment