Posted on 2:40 AM, under

Agama Islam dan dasar-dasarnya

Sebagaimana yang sedia diketahui, agama islam adalah sebesar-besar nikmat yg telah dikurniakan Allah swt kepada umat manusia untuk mengatur hidupnya dalam dunia ini, menurut cara yang diredoi Allah swt, dan untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak. Hakikat ini diterangkan oleh Allah swt didalam Al-Quran;

{ان الدين عند الله الإسلام}

“sesungguhnya agama(yang benar dan di redoi) disisi Allah ialah islam”

{ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الاخرة من الخاسرين}

“dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi”

Islam ertinya selamat sejahtera. Islam juga bermakna tunduk patuh dan berserah bulat-bulat kepada Allah swt. Menurut huraian yang lebih lanjut Islam mempunyai tiga pengertian. Pertama, mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan oleh Rasulullah saw, seperti yang tersebut pada surah al-imran ayat 19 diatas. Kedua, hukum-hukum syara’ dan keterangan yang disampaikan oleh Rasulullah saw, seperti yang tersebut pada  surah al-imran ayat 85 diatas. Ketiga agama yang dibawa dan disampaikan oleh rasulullah saw, seperti yang tersebut pada surah al-maidah ayat 3.
{ورضيت لكم الإسلام دينا}
“Dan aku telah meredai islam itu menjadi agama untuk kamu,,,,”
Dalm hadis pula diterangkan tentang islah dan dasar-dasarnya yang lima;
{عن ابن عمر رضي الله عنهما, قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله الا الله وان محمدا رسولله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة زصيام رمضان وحج البت) رواه مسلم.
Dari ibnu umar rd, katanya; aku mendengar Rasulullah saw, bersabda, “islam itu dibina (dan ditegakkan) diatas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah bahawa  sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi muhammad ialah pesuruh Allah, mendirikan sembahang, memberi  zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Hadis soheh-riwayat muslim,,

| edit post

0 Reply to " "

  • Post a Comment