Posted on 4:47 PM, under

Hukum Talkin
بسم الله الرحمن الرحيم
Talkin ialah memberi peringatan kepada orang yang telah mati dan orang yang masih hidup pada umumnya,  sebagaimana yang  ditegaskan didalam Al-quran.

{وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنبن}

Dan tetap tekunlah engkau memberi  peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faidah kepada orang2 yang beriman

Menurut huraian ulama’, sunat membaca talkin untuk si mati yang balig dan berakal, sesudah dikebumikan, Adapun mayat kanak-kanak, maka tidak disunatkan. telah tersebut didalam beberapa kitab, (sabila muhtadin<2:48>, ianatut talibin<2:139>, nihayatul muhtaj<3:40> dan mugnil muhtaj<1:367>.

Dan dalil talkin ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan tobrani,  dan juga ditegaskan didalam athar, (أثر, keterangan dari sahabat-sahabat Nabi atau keterangan dari tabi’n)


;
(عن ضمرة بن حبيب, رضي الله عنه – أحد التابعين – قال : (كانوا يستحببون إذا سوي على الميت قبره وانصرف الناس عن أن يقال عند قبره : يا فلان قل:لا إله إلا الله (ثلاث مرات), يا فلان قل: ربي الله, وديني ألإسلام, ونبي محمد
( رواه سعيد بن منصور)             

(Dari Dabrah bin Habib rd, salah seorang dari tabi’n, (orang yang hidup dalam zaman sahabat-sahabat Nabi saw), katanya;  “mereka (yang dimaksudkan disini ialah: sahabat2 Nabi yang ada pada zamannya). Suka -memandang baik- supaya -dibacakan talkin- disisi kubur si mati, -setelah dikebumikan dan orang ramai hendak bersurai, iaitu diserukan dengan berkata; “wahai fulan! Sebutlah لا إله إلاالله (tiga kali), kemudian diserukan dengan berkata hai fulan!  Sebutlah; tuhanku ialah Allah, dan agamaku ialah islam, dan Nabiku ialah Muhammad.)

Dan dalil yang seterusnya, ialah  hadis  yang diriwayatkan oleh tabrani ,  kerana ingin meringkaskan, saya hanya akan mendatangkan terjemahannya sahaja. iaitu:,

Dari Abu Amamah rd, katanya: apabila aku mati, maka buatlah kepada aku seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw, kepada kita. (umatnya) supaya kita lakukan  kepada orang-orang kita yang mati, kita diperintahkan oleh Rasulullah saw, dengan  sabdanya:


“apabila salah seorang dari saudara2 kamu orang islam, mati, lalu kamu –kebumikan dan kamu- ratakan tanah diatas kuburnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu berada ditepi kepala kuburnya, kemudian hendaklah ia menyeru kepada si mati dengan katanya: ‘wahai fulan anak fulan, (nama ibunya, iaitu hendaklah di ‘bin’kan ibunya, jika diketahui nama ibunya) maka si mati akan mendengar seruan itu, tetapi ia tidak menjawab.


 Kemudian hendaklah diserukan sekali lagi dengan berkata; wahai fulan anak si fulan, maka –pada saat itu- si mati akan bangun duduk, kemudian hendaklah diserukan lagi –untuk kali yang ketiganya- maka si mati akan menyahut dengan berkata; berikan aku peringatan, -supaya aku mudah menjawab soalan malaikat  Munkar dan Nakir- semoga Allah memberi rahmat kepadamu –dengan sebab peringatanmu itu- si mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari –dan tidak mengetahui keadaannya didalam kubur-.


 Kemudian hendaklah orang yang menyeru itu (yang membaca talkin)  berkata; ingatlah saudara, akan iqtikad tauhid yang menjadi peganganmu di dunia dahulu, iaitu kalimah syahadah; bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad Muhammad ialah hamba dan pesuruhNya. Dan bahawa saudara telah reda –dan meyakini –  Allah ialah tuhanmu, islam ialah Agamamu, Nabi ialah Muhammad Nabimu, dan Al-Quran ialah  ikutanmu. –apabila si mati diserukan talkin yang demikian- maka malaikat Munkar da Nakir- masing2 memegang tangan rakannya sambil berkata;” mari kita balik, tidak ada sebab yang menjadikan kita berada di sisi orang yang telah diajarkan dengan jawapan yang betul kepadanya.”

-mendengar hadis itu- seorang sahabat bertanya; ya Rasululah  jika tidak diketahui nama ibu kepada mayat itu, lalu baginda menjawab,


nisbahkanlah dia kepada ibunya HAWA, -sertakanlah dengan menyebut- wahai fulan bin Hawa”,

Ulama’ hadis berlainan fahamannya mengenai hadis ini, ada yang mengatakan hadis ini “hadis doif”, adapun imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, menyebut di dalam kitabnya ‘At-Talkhis’ menegaskan bahawa ‘ isnat hadis ini soheh “hadis soheh”. ibnu Hajar  juga menguatkan hadis  ini dalam kitabnya ‘‘Al-Ahkam.”

Dengan ini jelaslah bahawa hadis yang berhubung dengan talkin ini ada yang melemahkannya, dan ada pula yang menguatkannya. Kalau pihak yang melemahkannya terdiri dari ahli2 hadis yang terkenal, maka pihak yang menguatkannya  (-Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani-) juga ahli hadis yang mashur,. Buah tangannya yang banyak dalam bidang hadis2 Nabi saw, terutama kitabnya ‘fathu al-bari’ syarah soheh bukhari, yang membuktikan ilmunya yang luas dan suatu kajian yang sangat mendalam mengenai ilmu hadis. Penegasan ibnu Hajar ini, sangat  penting mengenai hadis talkin ini.

Selain dari itu, pihak yang mengatakan hadis talkin ini ‘hadis doif’,  tidak sekata pandangannya, sebahagian tidak setuju dengan talkin, dengan alasan hadis itu hadis doif, kerana mereka menolak hadis yang berisnat dengan isnat hadis yang doif, dan sebahagiannya pula  bersetuju, dengan alasan, walaupun hadis itu hadis doif, tetapi jumhur ulama’ dari kalangan ahli2 hadis dan fekah,telah menegaskan, bahawa hadis doif boleh diterima dan dijadikan dalil bagi suatu amalan yang ada kelebihan dan kebaikan:-


  
 (يحتج بالحديث الضعيف فى فضائل الاعمل)


– demikianlah kedudukan masalah talkin mengikut kupahan ahli hadis.

Maka jelaslah bahawa bacaan talkin yang menjadi punca  amalan sebahagian besar umat islam, boleh dipegang, seperti diterangkan diatas, dan punca inilah yang menjadi pegangan muktamat didalam mazhab syafie, juga diakui oleh alim ulama’ dari mazhab hambali.,>>>



Maka dengan ini jelaslah bahawa masaalah talkin ini, ialah,  masaalah khilafiah, ada yang bersetuju dan ada yang tidak, ( dengan alasan dan dalil masing2). Dan dengan ini juga nyata bahawa perbuatan sesetengah orang dizaman ini, yang membid’ahkan akan beberapa masalah  dari masalah khilafiah ini. Seperti yang tersebut didalam buku2 karangan mereka,


 hal ini langsung tidak mendatangkan sebarang kehasilan yang positif, malah perbalahan dan pertengkaran yang tidak akan berakhir, melainkan  perpecahan, masaalah khilafiah ini telah wujud sejak zaman sahabat2 da, tabi’n, dan  tetap wujud pada zaman kita dan  seterusnya, atas beberapa sebab, antaranya ialah berlainan fahaman dalam memahami beberapa dalil2 syar’iyah.

Golonggan yang mudah membid’ahkn suatu amalan yang telah jelas termasuk didalam masaalah khilafiyah, mereka membid’ahkan dengan pengertian ‘bidah dolalah’ dengan kata mereka  “ menurut hadis ‘ tiap2 bidah itu sesat dan tiap2 yang sesat itu neraka tempatnya”

Demikian fahaman mereka tentang bidah, yang bukan sahaja tidak dapat diterima oleh akal, bahkan telah ditolak oleh sebahagian besar  alim ulama’ ahli hadis dan feqah yang terbilang, dengah penegasan bahawa selama amalan itu tidak bertentangan dengan dasar2 islam, maka ia tidak termasuk dalam golongan “bidah dolalah.

Bidah dolalah itu ialah perkara2 yang menyalahi maksud kitab Allah, sunnah Rasululah saw, athar sahabat2nya, dan ijma’ ulama’,
Demikianlah kesimpulan masaalah bidah, jika kita setuju dengan sesuatu amaln agama dan berpuas hati dengan dalil2nya ( ada dalil syaraknya atau ada perintah2 yang lain yang menyokongnya) maka buatlah. Dan jika kita tidak bersetuju dengan dalil2nya, maka tinggalkanlah, dan janganlah menyalahkan orang lain, itu sahaja jalan yang selamat,.>>>

| edit post

0 Reply to " "

  • Post a Comment