Posted on 1:05 AM, under



Siapa manusia paling jahat?



Dari Abdullah bin abbas r,a berkata bahawa Rasulullah saw besabda yang bermaksud

 hendakkah kamu mendengar suatu  tentang manusia yang paling jahat disisi Allah?

Lalu ibnu Abbas dan sahabat yang lain berkata, “khabarkan kami wahai Rasulullah, bahawa kami ingin mengetahuinya  siapakah mereka yaRasul,” lalu Rasul saw bersabda;

“mereka ialah seorang yang meminta dengan nama Allah tetapi tiada siapapun yang memberinya, sedangkan mereka mampu berbuat demikian”

Kehidupan yang terdesak sebenarnya boleh terjadi dalam berbagai-bagai cara dalam kehidupan masyarakat, sama ada dia seorang raja,pemerintah dan rakyat, raja, adakalanya akan terdesak dengan cara hidup seorang raja, pemerintah akan terdesak degan cara hidup seorang pemerintah, rakyat juga akan terdesak dengan cara hidup seorang rakyat,  dan orang kaya juga akan menghadapi keadaan terdesak pada suatu ketika mengikut keadaan orang kaya. Apatah lagi bagi yang fakir yang hidupnya sentiasa susah dan kekurangan dalam serba-serbi, kesempitan hidup adalah pakaian bagi mereka.
Ketika menghadapi saat genting dan amat memerlukan, langkah  yang perlu kita ambil ialah Mengadu dan berdoa  kepada Allah, sesengguhnya Allah maha mendengar akan doa hamba-hambanya dan Allah pasti akan menerimanya denganmengerakkan hati seseorang dan mempertemukannya dengan orang fakir itu sehingga pertolonggan daripada mereka yang dipilih Allah segera sampai dan diperolehi.

Bagaimanapun adakalanya terjadi seorang yang benar-benar terdesak tidak pula mendapat simpati,apatah lagi kepercayaan, lantaran itu ketika dia meminta pertolonggan daripada rakan dan taulan terpaksa dia menyebut dengan nama Allah, umpamanya, “demi Allah saya sangat kesempitan, tolonglah saya,” dalam keadaan begitu pun orang yang ditemui tidak sudi membantunya sedang orang itu mampu berbuat demikian.
Jika begitu terdesaknya orang itu hingga bersumpah menyebut nama Allah, namun tidak juga datang simpati oleh mereka yang mempunyai kemampuan, sesungguhnya itulah sejahat-jahat manusia menurut Hadis Rasulullah saw, wajarlah dikatakan jahat kerana dia telah membiarkan saudaranya dalam kesempitan, sedangkan dia mampu menolongnya.
Penggajaran daripada hadis diatas ialah apabila seseorang benar-benar terdesak, hingga dia menyebut nama Allah, jika pertolonggan tidak diberi sedangkan dia mampu, maka ertinya mereka tidak menghargai nama Allah yang diseur itu. Dan menjadi sejahat-jahat manusia kerana sikapnya ynag tidak menghiraukan kesusahan orang lain walaupun dia mampu membantu.

| edit post

0 Reply to " "

  • Post a Comment